About Me

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia

Wednesday, January 13, 2010

:: Pakej Gubahan Hantaran ::

:: Pakej Gubahan Hantaran ::

1) Pakej Haji Aman

● Dulang hantaran
● Alas dulang hantaran
● Bekas hantaran (bakul / kotak / gabus)
● Bunga Artificial
● Tema dan warna adalah mengikut kehendak bakal pengantin
● Barang hantaran disediakan oleh pihak pengantin

2) Pakej Hajah Saadah

● Dulang hantaran
● Alas dulang hantaran
● Bekas hantaran (bakul / kotak / gabus)
● Bunga Segar
● Tema dan warna adalah mengikut kehendak bakal pengantin
● Barang hantaran disediakan oleh pihak pengantin


:: Harga Pakej ::

● Sungguh menjimatkan dan berbaloi-baloi, yang penting mengikut
kehendak bakal pengantin.
● Harga adalah mengikut jumlah hantaran iaitu 5, 7, 9 atau 11
dulang hantaran.

:: Tawaran Lain ::

●Khidmat sewaan dulang berkaki @ tidak berkaki
●Alas dulang satin @ lace

:: Rangkuman Teknik Seni Gubahan ::



:: Rangkuman Teknik Gubahan ::

1)Teknik menyusun atur dan menggubah sirih junjung
● Dalam bakul
● Istana setingkat
● Istana dua tingkat

2)Teknik menggubah karangan bunga
● Aplikasi bunga segar
● Aplikasi bunga artificial

3)Teknik menghias gabus, kotak dan bekas hantaran
● Aplikasi manik
● Aplikasi kain renda
● Aplikasi kain lace

4)Teknik melipat dan menggubah sejadah, telekung dan kain baju.

5)Teknik menjahit manik pada alas dulang hantaran





Monday, January 11, 2010

:: Seni Gubahan Hantaran ::



:: Pengenalan ::
Barang hantaran menjadi agenda utama dalam adat istiadat merisik, meminang dan majlis pernikahan masyarakat melayu. Antara yang kerap dijadikan sebagai barang hantaran adalah sirih junjung, barang penjagaan diri, kek, manisan dan sebagainya yang digubah dalam pelbagai bentuk dan rekaan.

Mungkin anda masih keliru untuk memikirkan bagaimana rupa hantaran yang hendak disediakan pada hari bahagia anda nanti. Bukan itu saja, pasti warna dan tema turut diambil kira.

Sekiranya anda ingin berjimat, mungkin anda boleh mencubanya sendiri.
Sehubungan itu, ia pasti boleh membantu anda untuk menghasilkan hantaran melalui kreativiti anda sendiri.

Berpengalaman dalam menyedia dan menggubah barang hantaran sewaktu majlis perkahwinan ahli keluarga dan saudara mara, anda boleh berkongsi teknik gubahan hantaran serta berkongsi idea menghasilkan padanan kreatif yang sesuai diaplikasi bagi semua tema majlis perkahwinan anda.

Tuesday, January 5, 2010

:: Mula-mula... ::

just create blog ni semalam, mcm kelaka plak guna nama angan-angan..tp simboliknye sgt mendalam...da lama sebenarnya nak create blog ni, cume antara nak dan tak nak jer, angan-angan banyak sangat kalau blog ni betul2 berjaya di create... so just do it step by step.

:: Angan-Angan ::

Angan-angan bila mencari pasangan..
yang bakal jadi pilihan si hartawan...
cari2 tunggu2 masih belum bertemu..
hari2 yang berlalu meningkat usiamu..
pilih pasangan tak jadi nyata..
asyik berangan, kan jadi nyata...
angan-angan....lalalala..


tu la bait2 lagu nyanyian si sore manje, raja ema..aku suke giler dgn lagu ni, sbb tajuknye saja da catchy..bile selami lirik lagunye plak, memang kene sgt dalam diri aku...

tp sebenarnya bkn soal jodoh yg aku sedang soalkan, tp isu utama ialah tentang angan-angan aku ni...

Alhamdulillah, aku dikurniakan Allah S.W.T. dgn minat semulajadi tentang seni gubahan..tak kesah la seni gubahan bunga ker, barang hantaran ker, pendek kata aku suke gubah sesuatu benda smpi jadi cantik...

kalau dlm family, semua adik beradik memang da kenal aku sbagai tukang kemas, pantang ade habuk skit, mesti aku da cepat2 capai penyapu..lagi satu perkara pantang aku bila anak2 sedara datang dan buat sepah...memang aku paling tak suke...tp jap lagi tpakse plak dgr mak aku sound "nanti da kawen, mesti org takut nak dtg uma"..huhu, ayat sentap..

so, dalam blog ni memang aku akan concentrate utk kongsi idea dgn semua bloggers yg lain tentang seni gubah menggubah ni k..so check it out..